Em.. mengapa aku berubah sikap, mungkin yang lain tidak menyedarinya, namun perkara ini secara tidak langsung memberi aku persoalan yang bertalu-talu untuk aku sendiri yang menjawabnya. Kerana ia berlaku secara dalaman, mungkin aku masih dapat mengawalnya. Memang betul, kejayaan itu memerlukan kesungguhan dan keseriusan dalam menghadapinya. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini mungkin hasil daripada doaku dan juga kalian, fikiranku banyak berubah. Aku banyak mempersoalkan siapakah diriku yang sebenar. Sehinggakan kejadian tempoh hari, sahabat-sahabat mahupun abang-abang yang sentiasa menjadi contoh dan teladan mengatakan “aku sedang merajuk” Jawapan ku mudah, aku bukan merajuk dengan apa yang berlaku, tapi aku keliru siapa aku yang sebenarnya. Itu sahaja.
Namun, tiada ucapan yang dapat ku ukirkan tatkala anda semua begitu prihatin terhadap keadaan diriku. Jasa baik dan pengorbanan kalian menahan kesabaran dengan karenah yang aku pun tidak faham mengenai diriku sendiri di atas segala kelakuan yang dan tutur kata yang menghiasi suasana. Mungkin inilah proses kematangan yang mula hadir dalam pemikiran, namun dari segi perbuatan, aku pun tidak tahu bagaimanakah tingkah laku seorang yang matang. Kata seorang senior “Jadilah diri sendiri” . Ya, aku akan jadi diri aku sendiri, ibarat kata Pak Lah “Saya Punya Cara Sendiri” hehehe..
Posting Komentar